28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Suri rumah rugi lebih RM100,000 terpedaya kerja sambilan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian di laman sosial, seorang suri rumah ‘berputih mata’ dan mengalami kerugian sebanyak RM110,556.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, wanita berusia 36 itu dipercayai telah menyertai satu iklan Telegram pada 30 Mei lalu.

“Mangsa dikehendaki membuat ‘like’ dan berkongsi video menerusi Youtube yang diletakkan dalam aplikasi tersebut.

“Bagi kerja-kerja tersebut, mangsa ditawarkan 15 hingga 20 peratus keuntungan daripada lapan tugasan yang diberikan oleh suspek,” katanya dalam menerusi kenyataan di sini.

Menurut beliau, mangsa membuat 21 kali pindahan wang ke lima akaun berlainan untuk menjelaskan bayaran seperti dikehendaki suspek.

“Pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan semua wang simpanan miliknya, selain meminjam daripada rakannya bagi membolehkan kesemua transaksi dibuat.

“Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan dan menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan