31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pas nafi kenyataan ‘hanya bela nasib Melayu-Islam saja’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS menafikan mengeluarkan kenyataan media ‘hanya membela nasib kaum Melayu dan Islam sahaja’.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan bertarikh 24 Jun itu adalah palsu dan fitnah, selain cuba memburukkan parti itu.

“Kenyataan media bertajuk ‘PAS akan terus mempertahankan dan membela nasib kaum Melayu dan Islam sahaja’ bertarikh 24 Jun 2023 adalah palsu dan fitnah semata.

Advertisements

“Ia nyata cubaan pihak tertentu untuk memburukkan Pas dan mempunyai niat yang tidak baik,”katanya menerusi Facebook di sini.

Sebaran palsu memetik kenyataan Takiyuddin mendakwa parti itu akan terus memperjuangkan nasib Melayu dan Islam, susulan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang sebelum ini, orang bukan Islam punca gejala rasuah berleluasa dalam negara.

Kenyataan itu juga mendakwa kaum Cina, India dan Bumiputera banyak mendatangkan mudarat kepada masyarakat sehingga menjejaskan ekonomi negara.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan