26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Bekas SetPol Wan Azizah teraju syarikat milik MOF

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Setiausaha Politik (SetPol) kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menerajui syarikat milik Kementerian Kewangan (MOF), Cyberview Sdn Bhd sebagai pengerusi.

Datuk Romli Ishak berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengumuman lantikan itu dibuat pada hari yang sama dengan pelantikan bapa kepada salah seorang Setiausaha Politik Anwar yang juga Menteri Kewangan untuk menerajui sebuah lagi syarikat milik kementerian itu, MyHSR Corporation Sdn Bhd, semalam.

Romli yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu juga berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selepas kerajaan PH tumbang.

Advertisements

Menurut kenyataan Cyberview, Romli adalah mentor dan penasihat yang dicari-cari dalam industri teknologi dan inovasi.

“Kami ingin mengumumkan pelantikan Datuk Romli bin Ishak sebagai Pengerusi Cyberview yang baharu.

“Dengan pengalaman lebih tujuh tahun dalam tadbir urus korporat dan 15 tahun sebagai usahawan teknologi, semangat Datuk Romli untuk keusahawanan dan pembangunan bakat telah menjadikan beliau mentor dan penasihat yang dicari dalam industri teknologi dan inovasi,” kata kenyataan itu.

Pemaju hab teknologi Cyberjaya itu bertanggungjawab untuk membangunkan bandar tersebut yang diwujudkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Dr Mahathir untuk menarik syarikat teknologi pada akhir 1990-an. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan