28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Nahas keretapi di India: PM, isteri zahir rasa sedih

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa sedih dengan tragedi kemalangan kereta api di Odisha, yang mengorbankan ratusan nyawa Jumaat lalu.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka yang terjejas akibat kemalangan itu.

“Dalam masa yang sukar ini, ingatan dan doa kami adalah bersama India,”katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, turut mengucapkan takziah dan simpati kepada India susulan tragedi kemalangan kereta api penumpang berkenaan.

Dalam kejadian Jumaat lalu, kereta api Coromandel Express yang dalam perjalanan menuju ke Chennai bertembung dengan kereta api Yesvantpur-Howrah Superfast sebelum satu daripada kereta api berkenaan melanggar kereta api barang.

Tragedi itu dilaporkan meragut hampir 300 nyawa dan mencederakan kira-kira 900 yang lain. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan