32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lelaki ditahan seludup 1.5 tan benih kerang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN seorang lelaki menyeludup 1.5 tan benih kerang menggunakan bot fiber gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kedah.

Penahanan dibuat pada jarak sekitar 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang pada jam 4.14 petang semalam.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan bersama sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran dilakukan oleh bot ronda milik Maritim Malaysia semasa melaksanakan rutin rondaan OP AMAN di sekitar perairan Kuala Kedah.

“Bot fiber berkenaan bergerak dalam keadaan mencurigakan cuba memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum dipintas dan ditahan pasukan operasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot fiber yang membawa 100 guni penuh benih kerang itu adalah dalam perjalanan menuju ke sempadan negara jiran disyaki cuba menyeludup benih kerang terbabit ke Thailand,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Sehubungan dengan itu, katanya, bot, enjin dan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM80,000 ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut.

Ujar beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Akta Perikanan, Perkara 4(3) Peraturan Perikanan (Pemulihan dan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan terhadap mana-mana pihak yang mengambil sebarang benih spesis kerrang dari lokasi habitat semulajadinya.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya,”katanya.

Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus komited dan mengandakan usaha dalam melakukan operasi dan pemantauan di sepanjang perairan negara dari semasa ke semasa bagi membendung sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutamanya menjelang musim perayaan – Hari Raya Aidiladha.

“Sebarang aduan mengenai aktiviti jenayah atau insiden di laut orang ramai boleh menyalurkannya melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan