25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

PM puji kemenangan Harimau Malaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kemenangan besar yang berjaya diraih skuad Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu malam tadi.

Skuad Harimau Malaya menang bergaya dengan keputusan 10-1 menewaskan Papua New Guinea dalam aksi perlawanan itu.

Dengan kemenangan tersebut Perdana Menteri berharap kecemerlangan itu dapat diteruskan dalam persiapan pasukan negara menghadapi Piala Asia yang akan diadakan di Qatar tidak lama lagi.

“Terbaik Harimau Malaya! Teruskan aksi cemerlang sebagai persiapan hadapi Piala Asia di Qatar nanti,” katanya ciapan di laman Twitter rasminya.

Dalam perlawanan malam tadi, pasukan Malaysia yang dipimpin ketua jurulatih, Kim Pan Gon beraksi cemerlang terutama pada babak kedua dengan mencipta sembilan gol selepas mendahului babak pertama menerusi penalti Safawi Rasid.

Advertisements

Pemain sayap muda Arif Aiman Mohd Hanapi mencipta sensasi apabila meledak empat gol, manakala pemain naturalisasi Paulo Josue merekodkan hatrik dan dua lagi gol negara dijaringkan Mohamad Faisal Abdul Halim serta Daniel Ting.

Kemenangan besar skuad Harimau Malaya ke atas Papua New Guinea itu dengan jaringan dua angka juga adalah yang ketiga dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak 1963.

Skuad Harimau Malaya pernah mencatat kemenangan dengan dua angka pada 1974 apabila pasukan negara membenam Filipina dengan 11-0 di Tehran, Iran ketika temasya Sukan Asia.

Satu lagi kemenangan besar dua angka pada 1976, di mana skuad negara membelasah Papua New Guinea dengan 10-1 di pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1976 di Jakarta, Indonesia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan