26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

JIM tumpas sindiket bekal pekerja seks

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks dengan menahan seramai 72 orang warga asing dalam satu operasi khas, Khamis lalu.

Operasi khas yang dijalankan di lima lokasi sekitar Cheras dan Kepong itu turut menahan tujuh orang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘Kapten’ dan penjaga premis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi khas berkenaan dijalankan berdasarkan maklumat dan risikan selama satu bulan ke atas sindiket yang membekalkan wanita warga asing untuk tujuan seks di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

“Pasukan operasi telah menyerbu lima buah premis sindiket dan menahan seramai 72 warga asing yang terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vietnam, 15 wanita Indonesia dan 6 wanita Thailand yang berusia di antara 25 hingga 42 tahun.

“Daripada siasatan mendapati, wanita warga asing yang ditahan menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Turut berada di premis semasa serbuan ialah beberapa orang pelanggan warga tempatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh dan ada yang menyalahgunakan Pas.

Katanya, sindiket ini beroperasi di premis perniagaan tiga tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai tempat tinggal manakala tingkat dua dan tingkat tiga sebagai tempat khidmat seks.

“Modus operandi sindiket adalah mana-mana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks akan berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan pelanggan tersebut akan diberikan kata laluan untuk masuk ke dalam premis.

“Tanpa kata laluan pelanggan tidak dibenarkan masuk oleh penjaga premis.

Advertisements

“Pelanggan diberikan pilihan mengikut kategori bilik dan jumlah jam tempahan. Manakala untuk tempahan wanita warga asing bayaran dikenakan sebanyak RM230 bagi tempoh satu jam,”katanya.

Ujar beliau, sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama hampir dua tahun dan mengiklankan perkhidmatan seks di kumpulan laman sosial, WhatsApp dan Telegram.

“Pasukan operasi telah merampas 48 naskah pasport Vietnam yang berada di premis dan sebuah kenderaan jenis SUV berwarna kelabu.

“Kenderaan tersebut dipercayai digunakan untuk menghantar wanita warga asing ke tempat yang telah dipilih oleh pelanggan.

“Turut dirampas wang tunai sebanyak RM6,275 dipercayai hasil bayaran khidmat seks di premis,”katanya.

Dalam pada itu katanya, seramai 20 orang lelaki tempatan telah dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Mereka adalah pelanggan yang berada di dalam premis tersebut semasa serbuan dilakukan.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Paspot 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007(ATIPSOM),”katanya.

Operasi khas berkenaan yang bermula pada jam 9 malam itu melibatkan kekuatan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan