31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Dua individu miliki nombor kad pengenalan sama isu lama – JPN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bahawa isu dua individu yang mempunyai nombor kad pengenalan sama adalah isu lama dan telah diselesaikan.

Menerusi kenyataan JPN berkata, isu yang berlaku pada 2020 tersebut kembali ditularkan di media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jelas JPN, siasatan ketika itu mendapati kekeliruan yang berlaku disebabkan terdapat kesilapan semasa proses mendaftarkan nombor telefon dengan pihak telco berkenaan.

“Kedua-dua individu tersebut memiliki nombor kad pengenalan yang berbeza di dalam sistem JPN. 

“Warganegara Malaysia hanya akan diberikan dengan satu nombor kad pengenalan dua belas digit yang unik di mana nombor tersebut dijana sistem menggunakan formula tertentu,” katanya semalam.

Advertisements

JPN berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada individu yang berbeza.

Justeru itu, JPN meminta orang ramai tidak mempercayai dan tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di kalangan masyarakat. 

“Tindakan undang-undang boleh diambil bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan kekeliruan berkaitan perkhidmatan JPN, orang ramai dinasihatkan hadir ke mana-mana pejabat JPN atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat, JPN di talian 03-8880 7077 atau e-mel ke [email protected]. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan