26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KDN serah nama pegawai JPN kepada SPRM – Saifuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terlibat dalam aktiviti salah laku kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah mengenal pasti nama kakitangan tersebut yang dilaporkan mengenakan bayaran tertentu kepada mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

Enggan mendedahkan jawatan kakitangan berkenaan, Saifuddin berkata, KDN menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

“Apabila kita permudahkan dan luluskan (permohonan kewarganegaraan), ada elemen yang menghububgi pemohon dan meminta sejumlah wang. Watak itu kita kenali dan didakwa terlibat.

“Saya sudah hubungi Azam (Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki) bagi serahkan nama untuk diteruskan siasatan (oleh SPRM),” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perjumpaan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri kelmarin mendedahkan Jabatan Imigresen dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Anwar, beliau menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu kepada mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

Advertisements

Saifuddin berkata, sepanjang tujuh bulan mengetuai kementerian, ini merupakan kami pertama aduan seperti itu sampai terus kepada beliau.

“Sekarang ini ada aduan yang spesifik meminta wang apabila pemohon memohon kewarganegaraan. Itu perbuatan yang salah.

‘Untuk berlaku adil, biarlah SPRM sendiri yang siasat apatah lagi ia melibatkan sejumlah wang yang agak besar.

Beliau berkata, apabila proses permohonan kewarganegaraan dipermudahkan, ada segelintir yang cuba menganggup di air yang keruh dengan mengambil kesempatan.

“Sebelum ini pemohon perlu menunggu lama, ada tujuh, 10 dan 15 tahun. Apabila masuk (menerajui KDN), kita buat keputusan segera, bukan gopoh dan cuai. 

“Apabila keputusan (permohonan dikeluarkan) terhadap jumlah yang besar, ada pula yang melihat ini peluang (untuk mengambil kesempatan),” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan