33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

BMT 2023: Komitmen kerajaan bantu pekebun kecil, penoreh getah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANTUAN Musim Tengkujuh bagi tahun 2023 (BMT 2023) yang diusahakan melambangkan komitmen Kerajaan Malaysia Madani untuk menyokong kehidupan pekebun kecil dan penoreh getah bagi mengatasi cabaran kewangan semasa musim tengkujuh.

Sehubungan dengan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi peruntukan sebanyak RM256 juta yang telah diluluskan dalam Bajet 202, ia akan memberi manfaat kepada 232,427 orang pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah RISDA.

“Selain itu, seramai 86,323 pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut boleh menikmati bantuan tersebut dengan nilai RM800 seorang,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Berikutan itu, Ahmad Zahid yang juga merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, KKDW melalui RISDA telah membuka permohonan dan pengemaskinian BMT 2023.

Katanya, BMT disampaikan kepada pemilik kebun getah kecil yang menguruskan kebun sendiri atau pemilik kebun yang menjadi ahli Projek Tanam Semula Berkumpulan layak menerima bantuan ini.

Advertisements

“Manakala kategori Penoreh Getah yang bergantung pada penorehan getah sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun getah juga termasuk dalam senarai penerima bantuan ini.

“Selain itu, individu yang berdaftar dengan RISDA dan berada dalam Sistem Pembangunan Pekebun Kecil (e-SPeK) juga layak menerima bantuan ini,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan mengharapkan pekebun kecil dan penoreh getah mendapat manfaat sepenuhnya menerusi program ini.

Ujarnya, pemohon boleh memohon atau mengemaskini BMT 2023 melalui Portal pekebunkecilrisda.gov.my. dengan menyertakan dokumen sokongan sepertimana yang dinyatakan dalam syarat permohonan bermula 15 Jun hingga 15 September 2023. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

49 pelajar tempatan, antarabangsa sertai program anak angkat

EMPAT buah kampung di Mukim Belanja, Parit di Perak baru-baru ini menerima 49 anak angkat terdiri daripada mahasiswa tempatan...

Lagi Artikel Berkaitan