32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Warga emas dalang tipu skim pelaburan ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas ditahan polis Khamis lalu kerana disyaki terlibat dalam skim pelaburan yang dikenali sebagai ‘investment HSBC Bank’.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan dibuat susulan dua laporan yang diterima pihaknya berhubung skim pelaburan berkenanaan.

Katanya, wanita berusia 60 tahun yang merupakan suspek utama kes tersebut akan direman selama lima hari bermula 26 Mei lalu.

“Berdasarkan siasatan, skim pelaburan ini mula beroperasi sejak awal tahun ini dan menawarkan pulangan sebanyak 30 hingga 70 peratus daripada modal pelaburan yang dikeluarkan.

“Skim ini turut menawarkan slot-slot saham yang menjanjikan keuntungan sehingga 100 peratus dalam tempoh 72 jam.

Advertisements

“Walau bagaimanapun, setelah mangsa membuat pindahan wang, keuntungan yang dijanjikan tidak dibayar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkait dua kes penipuan pelaburan berkaitan penjualan diesel.

“Orang ramai yang mungkin menjadi mangsa skim pelaburan ini dinasihat tampil segera membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis turut mengingatkan agar sentiasa berwaspada dan membuat semakan secara terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan