27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tanggungjawab UNHCR urus pelarian, bukan kerajaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) wajar bertanggungjawab terhadap pelarian dan tidak meletakkan beban pengurusan kepada kerajaan atau komuniti rakyat tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk mengadakan suatu perjanjian bersama UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab mereka di dalam negara selaras dengan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung PBB (1950).

“Namun, perlu dingatkan bahawa Malaysia bukannya negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967.

“Atas prinsip-prinsip nilai kemanusiaan, kerajaan membenarkan golongan ini untuk berada sementara di dalam negara sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga atau pulang ke negara asal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Bilangan 2 Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.

Jumlah pelarian dan pemohon suaka yang memegang Kad UNHCR meningkat mendadak daripada 75,617 orang pada 2009 kepada 185,760 pelarian pada Mac 2023.

Advertisements

Sebanyak 160,332 orang atau 86.3 peratus daripada keseluruhan pelarian daripada Myanmar dan 107,433 orang (67 peratus) daripada pelarian Myanmar adalah etnik Rohingya.

Pelarian daripada negara lain yang mempunyai signifikan ialah Pakistan (7,109 orang), Yemen (3,466 orang) Afghanistan (3,444 orang), Somalia (3,161 orang) dan Syria (3,161 orang).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat mengambil maklum tindakan UNHCR mendaftarkan 948 individu yang didakwa sebagai pelarian dari Indonesia.

“Antara alasan yang diberikan adalah kerana berkahwin dengan pelarian lain di Malaysia, walaupun diketahui bahawa negara tersebut tidak mengalami sebarang krisis kemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap perancangan dan peranannya dalam pengurusan pelarian dan pemohon suaka melalui empat kluster penambahbaikan.

“Antaranya menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa dan pasukan petugas khas, penguatkuasaan undang-undang pelarian dan pemohon suaka dan sistem sokongan sosial kepada pelarian berdaftar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan