29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Peneroka halang pemajak laksana pembersihan tanah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG peneroka didakwa cuba menghalang dua wakil syarikat yang mendapat hak pajakan, Bio Kinta Sdn. Bhd. kerana menjalankan pembersihan di atas tanah yang diusahakannya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Mohamad Nazri Daud berkata, polis mengesan video kejadian berdurasi 43 saat tular di media sosial yang dipercayai berlaku di Kuala Kampar, Malim Nawar, Perak hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 8 pagi pada 5 Mei lalu dengan pihak syarikat tersebut didapati telah mendapat hak pajakan ke atas tanah berkenaan.

“Lelaki tersebut juga pernah membuat permohonan untuk tujuan pertanian (terbakan lembu/kerbau) kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sebelum ini namun tidak mendapat kelulusan.

“Sebelum itu berlaku sedikit pertengkaran mulut di antara kedua-dua pihak namun polis yang hadir di lokasi berjaya meredakan keadaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis telah menerima dua aduan daripada kedua-dua pihak dan kes diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain (ROA) kerana isu yang dilaporkan adalah berkaitan pertikaian tanah yang dimiliki PPPNP.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular tersebut bagi mengelakkan tercetusnya salah faham dalam kalangan masyarakat serta mengganggu-gugat kesejahteraan umum,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan