36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Gesa tingkat capaian internet di kawasan pelancongan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menggesa syarikat telekomunikasi di negara ini untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan mereka termasuk capaian internet di kawasan tumpuan pelancong.

Fahmi berkata, perkara itu harus diberi perhatian oleh penyedia perkhidmatan agar pengguna menikmati kepuasan setimpal dengan kos yang dibayar kepada syarikat telekomunikasi untuk langganan perkhidmatan.

“Jika kita lihat ada kawasan pelancongan di tempat-tempat tertentu berdepan masalah liputan internet dan telekomunikasi sedangkan mereka telah membayar amaun yang banyak untuk pakej tertentu kepada syarikat telekomunikasi.

Maka sepatutnya pelanggan ini dapat menikmati perkhidmatan seperti yang diharapkan di mana sahaja mereka berada,” katanya kepada pemberita selepas majlis sesi ramah mesra Program Kembara Media 2023 di Gamuda Cove hari ini.

Menurut Fahmi, kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memberi perhatian terhadap isu berkenaan supaya ia dapat diatasi demi manfaat orang ramai.

“Apa yang kita sedang usahakan melalui MCMC ialah memberi satu tugasan kepada syarikat (supaya bertindak) tidak boleh segala-galanya seperti biasa,”katanya.

Dalam pada itu, Fahmi memuji usaha pihak media dalam melaporkan masalah liputan internet dan yakin ia dapat memberi kesedaran kepada pihak penyedia perkhidmatan terbabit untuk mengambil tindakan proaktif dalam menangani isu berkenaan.

Program Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia selama empat hari bermula Isnin disertai 22 pengamal media bertujuan menyusuri keindahan serta landskap pelancongan yang terdapat di Selangor serta Negeri Sembilan. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan