24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM ucap selamat Hari Gawai, Pesta Kaamatan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapakan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada rakyat di Sabah dan Sarawak yang menyambutnya setiap tahun.

Beliau berkata, kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah.

“Saya ingin menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia.

Advertisements

“Usaha memberi kefahaman dengan tujuan menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta bagi memperkukuh kerukunan semestinya didukung terus.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Perayaan Hari Gawai menandakan bermulanya musim baharu penanaman padi yang membawa nafas baharu kepada masyarakat Sarawak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan