28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PAS alu-alukan sambungan perkhidmatan Azam Baki

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAS mengalu-alukan pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki selama satu tahun lagi berkuat kuasa esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddun Hassan berkata, parti itu juga percaya pelanjutan tempoh perkhidmatan Azam itu sekali gus menolak tohmahan salah laku dan persepsi buruk terhadapnya dan SPRM oleh pihak berkepentingan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu.

“Walaupun pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku termasuk berkaitan pemilikan saham dalam beberapa syarikat sebelum ini, PAS secara konsisten percaya malah menerima kenyataan penafian beliau berhubung perkara itu.

“Ia sekali gus menghalang percubaan pihak-pihak berkepentingan untuk menimbulkan keraguan terhadap maruah dan integritinya secara peribadi dan SPRM sebagai institusi penting negara.

“PAS percaya pelanjutan tempoh perkhidmatan beliau ini turut mengesahkan kepercayaan tersebut dan menolak persepsi buruk yang cuba dilontarkan terhadap beliau dan SPRM oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Advertisements

Justeru, PAS mengucapkan tahniah dan berharap Azam akan terus memberi khidmat cemerlang kepada negara, sekaligusmemimpin SPRM ke tahap membanggakan dalam usaha membebaskan rakyat daripada amalan rasuah.

Semalam, Edisi 9 melaporkan Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkuat kuasa Jumaat ini.

Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, pada Selasa.

Menurut Mohd Zuki, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan