33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tambahan trip bas ekspres sempena Aidilfitri – MOT

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) memaklumkan trip bas ekspres akan ditambah bagi membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penambahan trip itu akan dibuat beberapa hari sebelum menjelang hari raya.

Menurutnya, dari segi data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ada penambahan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi penggunaan bas bukan ekspres.

“Penambahan dari segi trip itu biasanya beberapa hari sebelum raya.

“Itu memang biasa. Tetapi kita tahu walaupun ada penambahan penawaran, permintaan masih sangat tinggi yang mungkin belum cukup untuk menampung,” katanya pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Ujar Loke lagi, pihak kementerian terbuka kepada mana-mana syarikat operasi untuk memohon untuk menambah trip bas.

Advertisements

“Kita terbuka kepada mana-mana syarikat operasi untuk memohon.

“Kalau mereka ada kapasiti, mereka boleh pohon untuk menambah trip,” katanya.

Terdahulu, MOT telah meluluskan 527 penerbangan tambahan sempena Aildilfitri tahun ini, melibatkan perkhidmatan enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.

Menerusi satu kenyataan, MOT memaklumkan langkah yang diambil bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) itu bertujuan menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan