25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sofyank menang Cabaran VFX di Los Angeles

Berjaya menewaskan dua peserta lain dari United Kingdom dan Belanda yang dipilih dari seluruh dunia,

Mesti Baca

PENCIPTA kandungan digital, Mohammad Sofian Abdullah atau Sofyank menjuarai pertandingan Ultimate VFX Challenge di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Sofyank yang terkenal menghasilkan kandungan kesan video berjaya menewaskan dua peserta lain dari United Kingdom dan Belanda yang dipilih dari seluruh dunia, dalam pertandingan anjuran pencipta kandungan ternama, Zachking.

Sofyank berkata, beliau seolah-olah tidak percaya apabila diundang oleh Zachking untuk menyahut cabaran tersebut di Los Angeles baru-baru ini.

“Masa mula-mula saya dapat jemputan untuk ke Los Angeles, hati ini rasa sangat gembira dan macam tak percaya dapat peluang sebesar ini.

“Dan apabila Zachking umum yang saya memenangi Ultimate VFX Challenge, masa tu saya cuma fikir saya nak sampaikan berita gembira ni dekat semua orang yang ada di Malaysia.

Sofyank bersama Zachking serta trofi yang dimenangi.

“Saya nak kongsi kegembiraan yang saya rasa ini dengan semua yang sentiasa support kami. Kemenangan ini saya tujukan khas kepada anda semua,” katanya menerusi Facebooknya.

Dalam pertandingan tersebut ketiga-tiga peserta perlu melepasi beberapa halangan untuk mendapatkan peralatan tambahan bagi penghasilkan kesan video dalam tempoh 72 jam.

Advertisements

Antara cabarannya ialah kepala peserta diletakkan di dalam bekas yang mengandungi ular berbisa di samping meniti tali gantung.

Sofyank, 27, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang juga peminat setia Zachking telah menghasilkan kandungan digital berbentuk kesan video sejak berusia 18 tahun dan mempunyai jutaan pengikut dalam media sosial.

“Dan saya nak ucapkan jutaan terima kasih juga kepada anda semua, dari tahun 2015 sampai sekarang, anda tidak pernah jemu menonton video-video saya.

“Saya sangat hargai semua yang anda komen, kongsi dan sokong daripada dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Zachking yang memberi peluang terbesar kepadanya dengan menyertai cabaran tersebut.

“Anda bukan sahaja idola saya tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain untuk berkreasi,” katanya.

Sofyank juga menganggap kemenangan itu adalah pencapaian terbesar yang diperolehnya tahun ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan