25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pengeluaran KWSP bersasar amat diperlukan – Hamzah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melihat pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar amat diperlukan oleh pencarum untuk kelangsungan hidup biarpun kerajaan tetap berpendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran terbabit.

“Ada Menteri kata, kalau pencarum mati esok simpanan dan caruman dalam KWSP akan pergi kepada waris sebagai salah satu alasan kerajaan pimpinan PMX tidak membenarkan pengeluaran KWSP bersasar.

“Betullah…tapi YB Menteri takkan kita nak biarkan rakyat yang susah dan terhimpit untuk hidup itu mati dulu, sedangkan pengeluaran bersasar KWSP itu amat-amat membantu mereka.

“Semalam kami dah buktikan solidariti Perikatan Nasional bersama pencarum KWSP, kami dengar denyut nadi mereka, kami dengar suara hati mereka dan kami perjuangkan tuntutan mereka,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tujuan utama KWSP ditubuhkan adalah bagi memastikan mempunyai simpanan di hari tua.

Justeru, ia merupakan sebab kerajaan tidak membenarkan sebarang caruman dikeluarkan meskipun secara bersasar kerana ia bakal memberi impak terhadap masa hadapan tabungan.

Ujar beliau, dalam tempoh dua tahun lalu, sebanyak RM145 bilion caruman KWSP telah dibenarkan keluar oleh pentadbiran sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan