SEORANG lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Lama Gua Musang, berhampiran Sekolah Meratu, Gua Musang, Kelantan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun yang memandu lori muatan marjerin telah tercampak keluar dan digilis.
Manakala pemandu lori muatan balak, berusia 51 tahun telah tersepit di bahagian pemandu.
Pegawai Operasi, PBK II Awang Mamat, pihaknya menerima panggila kemalangan pada pukul 11.58 pagi.
“Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang telah bergegas ke lokasi kejadian dengan membawa satu jentera FRT dan satu Unit EMRS setelah panggilan diterima.
“Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit daripada kenderaan tersebut yang mengambil masa sehingga 10 minit untuk dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut.
Manakala, mayat pemandu lori muatan marjerin telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya sebelum pihak bomba menamatkan operasi pada 2.07 petang. – Edisi 9