26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Buka puasa: Liga Perancis enggan berhenti seketika

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSEKUTUAN Bola Sepak Perancis (FFF) dilaporkan mengingatkan pengadil supaya tidak memberhentikan seketika perlawanan bagi memberi peluang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan.

Akhbar L’Equipe melaporkan, satu e-mel telah dihantar kepada semua pengadil membabitkan Ligue 1 dan Ligue 2 Khamis lalu agar tidak melakukannya seperti mana yang dilakukan liga lain termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengerusi Pesuruhjaya Pengadil Persekutuan, Eric Borghini dipetik dalam e-mel berkata, bola sepak bola sepak berdiri sendiri dan tidak berkait dengan isu luar.

“Bola sepak tidak boleh dicampur-adukan dengan politik, agama, ideologi atau syndical(kesatuan dagangan) atau sebarang tindakan berkaitan dengannya. Peraturan ini terpakai untuk semua yang berada dalam bola sepak.

Advertisements

“Terpulang kepada semua yang terlibat bagi memastikan peraturan ini sentiasa dihormati,” katanya seperti yang dipetik daripada L’Equipe semalam.

Liga di Perancis mempunyai ramai pemain dalam kalangan Muslim termasuk pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Presnel Kimpembe dan Achraf Hakimi.

Dalam pada itu, situasi berbeza di EPL apabila pengelola kejohanan, Premier League pada minggu lalu memberi kebenaran memberhentikan seketika perlawanan untuk pemain Muslim berbuka.

Liga Perdana Inggeris turut dilimpahi ramai pemain beragama Islam seperti N’Golo Kante, Kalidou Koulibaly, Mohamed Salah, Riyad Mahrez, Hakim Ziyech, Ilkay Gundogan, Naby Keita, Said Benrahma dan Kurt Zouma. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan