31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Hilang di Jasin, ditemui selamat di Kampar bersama rakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang dari rumahnya di Jasin, Melaka, sejak pertengahan bulan lalu, ditemui selamat di Kampar Perak.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, Aliah Qistina Budiyanto,16, ditemui dalam keadaan selamat bersama seorang rakan berusia 20-an dalam sebuah pangsapuri pada pukul 3.30 petang semalam.

Menurutnya, soal siasat yang dilakukan terhadap remaja perempuan itu, dia mengaku secara sukarela mengikut rakannya yang berasal dari Kedah dan tinggal bersama sejak dilaporkan hilang pada 18 Mac lalu.

“Dia juga mengakui tidak dicederakan sepanjang tempoh dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

“Rakan lelakinya itu turut membantu polis sebelum gadis tersebut dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dan diambil ibu saudaranya pada hari sama ditemui,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Advertisements

Ujar Ahmad Jamil, remaja terbabit berjaya ditemui hasil kerjasama pasukan polis di IPD Kampar Perak dan orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini akan diteruskan sekiranya terdapat unsur kesalahan lain,” katanya lagi.

Media 27 Mac lalu menyiarkan seorang ibu buntu memikirkan ke mana hilangnya anak gadisnya yang berusia 16 tahun sejak 17 Mac lalu selepas kali terakhir dilihat berada di rumah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan