32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Anggota polis cedera dilanggar lari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis cedera selepas terbabit dalam kejadian langgar lari di Jalan Bagan Dalam di Butterworth, Pulau Pinang, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, kejadian berlaku pada jam 7.55 pagi ketika anggota berkenaan melaksanakan tugas pemantauan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang oleh anggota polis terbabit dari arah Bagan Luar menghala ke arah Bagan Dalam telah bergesel dengan sebuah motosikal.

“Penunggang motosikal tersebut disyaki telah melarikan diri. Polis kini sedang giat mengesan penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu untuk membantu siasatan lanjut.

“Anggota polis yang terlibat bertugas di Balai Polis Butterworth mengalami kecederaan di bahagian rahang sebelah kiri, cedera mata sebelah kiri, luka di dahi, luka-luka di jari kedua-dua belah tangan dan di kedua-dua belah kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Siti Nor Salawati berkata, anggota polis berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta kerjasama orang ramai atau mana-mana saksi yang mempuyai sebarang maklumat berkaitan kejadian kemalangan berkenaan agar tampil membantu siasatan.

Menurutnya, mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 atau datang ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ini iaitu Insp Jenny Jay Binti Rumalin di talian 013-8781700.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Dituduh pakai ijazah palsu, calon PN dedah transkrip universiti

GARA-GARA dituduh menggunakan ijazah palsu, calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut mendedahkan transkrip...

Lagi Artikel Berkaitan