26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Zahid sahkan Noraini Pengerusi RISDA yang baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu.

“Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA,” katanya secara ringkas dalam lawatan kerjanya di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan lantikan terbabit yang tular di media sosial sejak semalam.

Untuk rekod, Noraini, 56, yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

Selain itu, beliau juga adalah wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara.

Semalam, tular di media sosial beberapa keping gambar beserta ucapan tahniah yang mendakwa Noraini dilantik sebagai Pengerusi RISDA baharu. – Edisi 9

Baca juga:   Jawatankuasa khas pantau penyaluran bantuan kepada siswa

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan