26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Ular sawa ‘gergasi’ ditangkap di sawah padi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK Parit Panjang, Sekinchan boleh menarik nafas lega apabila seekor ular sawa ‘gergasi’ yang menjadi ancaman berjaya ditangkap pihak berkuasa malam tadi.

Reptilia sepanjang tujuh meter itu ditemui orang awam di kawasan sawah padi di Parit 10 Ban Kanal.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 10.38 malam.

“Pemeriksaan mendapati ular sawa itu berada berdekatan sebuah rumah penduduk di sawah padi tersebut.

“Anggota kita kemudian menangkap reptilia itu menggunakan alat pengepit dan penjerut khas,” katanya, hari ini.

Tambah Morni, ular itu berjaya ditangkap pihaknya dalam tempoh 20 minit.

“Operasi itu berjalan lancar dan ular berkenaan kemudian dilepaskan ke habitat asal di hutan,” ujarnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan