32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

TUDM terbangkan tiga pesakit kritikal dari Rompin ke Kuantan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIGA orang pesakit kritikal yang memerlukan khidmat rawatan kecemasan diterbangkan menerusi helikopter dari Rompin ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam selepas terputus hubungan kerana beberapa kawasan dinaiki air.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, helikopter jenis EC725 AP dari No. 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan itu selamat mendarat di Pangkalan Udara Kuantan pada pukul 8.07 malam.

Katanya, pesakit-pesakit berkenaan kemudiannya dibawa oleh pasukan perubatan dan tiba di HTAA pada pukul 8.32 malam untuk rawatan seterusnya.

Advertisements

“Hujan lebat berterusan yang melanda di kawasan pantai timur dan selatan semenanjung menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sehingga laluan darat terputus hubungan. TUDM telah mengatur gerak pesawat untuk bantuan ‘Medical Evacuation’ (Medevac) bagi membawa tiga orang pesakit yang kritikal ke HTAA Kuantan.

“Medevac yang dikoordinasi Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Rompin bersama TUDM ini membawa pasukan perubatan dari HTAA diketuai Dr. Ummu Qurratu’aini Kamaruddin untuk mengiringi pesakit yang memerlukan khidmat rawatan kecemasan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pesawat tersebut dikendalikan komander pesawat, Mejar Mohd. Husni Mohd. Tarmizi dan pembantu juruterbang, Kapten Muhamad Aminudin Abd. Muian serta kuartermaster udara, Sarjan Mohd. Affendy Mat Ya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan