31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Banjir: Kelantan sumbang RM50,000 kepada Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Kelantan menyumbangkan sebanyak RM50,000 bagi membantu rakyat Johor yang sedang diuji dengan musibah banjir ketika ini.

Bersimpati dengan musibah yang berlaku, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu sebagai tanda kebersamaan Kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

“Semoga Allah memudahkan urusan dan memberikan ketabahan kepada semua mangsa yang terjejas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Keadaan banjir di Johor semakin buruk apabila mangsa banjir terus melonjak kepada 28,099 penduduk daripada 7,805 keluarga yang ditempatkan di 197 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi.

Semua 10 daerah di negeri itu terjejas banjir kali ini, yang disifatkan bencana paling buruk pernah dihadapi.

Setakat ini, daerah Segamat merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan ke 55 PPS, diikuti Kluang dengan seramai 1,559 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi seramai 769 keluarga di 18 PPS; Johor Bahru melibatkan 607 keluarga di 12 PPS dan Pontian dengan 58 keluarga di lima PPS. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan