Wednesday, July 22, 2026

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, di Pontian, Johor, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, mangsa yang maut adalah lelaki tempatan yang menaiki kereta Proton Saga.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan sedang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat di lokasi. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan