Wednesday, July 22, 2026

SPRM sahkan penahanan, Muhyiddin didakwa esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TAN SRI Muhyiddin Yassin hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan. 

SPRM menerusi kenyataan berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ditahan di ibu pejabat badan itu pada pukul 1 petang tadi selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek tersebut.

“Sehubungan itu, SPRM telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Mahiaddin di Mahkamah Kuala Lumpur pada 10 Mac 2023.

“Muhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan