30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Ramanan salur gaji, elaun wakil rakyat ke rumah ibadat

Sumbangan dilaksanakan secara bergilir yang akan diagihkan untuk kegunaan masjid, surau, kuil dan tokong

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

DATUK R Ramanan menyumbangkan seluruh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh kepada seluruh rumah ibadat di kawasan parlimennya.

Menerusi satu hantaran Facebook Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh pada Ahad, ahli Parlimen itu menunaikan janjinya dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, seluruh gaji dan elaun sebagai wakil rakyat akam disedekahkan ke seluruh rumah ibadat.

“Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyeru mereka yang berkemampuan untuk berkongsi sumber kepada mereka yang memerlukan,  disahut baik dalam bulan yang mulia ini.

“YB Dato Ramanan akan mula memenuhi janji ketika kempen pilihanraya lalu untuk mensedekahkan gaji dan elaun sebagai ahli parlimen kepada rumah-rumah ibadah di dalam kawasan parlimen Sungai Buloh,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Katanya, sumbangan itu akan dilaksanakan secara bergilir yang akan diagihkan untuk kegunaan masjid, surau, kuil dan tokong di kawasan berkenaan.

“Sumbangan ini akan dilakukan secara bergilir dan bagi tadbir urus yang telus, hanya akaun bank yang berdaftar kepada rumah ibadah tersebut akan menerimanya. 

“Semoga ianya dapat disalurkan oleh setiap jawatankuasa rumah ibadah untuk kegunaan kebajikan,” jelasnya.

Untuk rekod, calon Pakatan Harapan (PH) tersebut menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin dengan majoriti 2,693 undi di PRU15. – EDISI9

Advertisements

Terkini

KKM perkenal dua inisiatif tingkat kesihatan pekerja industri

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan dua inisiatif bagi meningkatkan kesihatan pekerja industri khususnya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD)...

Lagi Artikel Berkaitan