Thursday, July 23, 2026

Muhyiddin didakwa di mahkamah esok – SPRM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya ketika ini sedang mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya hari ini.

SPRM dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Muhyiddin, 76, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 11.15 pagi tadi bagi dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, beliau menyatakan keyakinan tidak bersalah,” katanya.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan