Tuesday, July 21, 2026

Dr Akmal diharap neutral, berani tegur kepimpinan Pusat

Pemuda UMNO baharu ini, perlu dilihat tegas, berani bersuara dan tidak perlu lagi mempunyai kem-kem yang boleh menjadi perpecahan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO yang baharu, Dr Akmal Saleh diharap menjadi pemimpin yang neutral dan berani untuk menegur kepimpinan Pusat dengan berhemah.

Bekas Exconya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu juga tidak perlu takut diugut dan menjalankan tanggungjawab menjaga kesemua 191 bahagian Pemuda dengan sebaiknya.

“Pemuda UMNO baharu ini perlu dilihat tegas, berani bersuara dan tidak perlu lagi mempunyai kem-kem yang boleh menjadi perpecahan sesama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Akmal, 35, menang dalam pemilihan Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2023-2026 menewaskan tiga pencabar lagi iaitu Datuk Mohd Shahar Abdullah, Arman Azha Abu Hanifah dan Tuan Meor Hassan Mat Ali.

Dalam pada itu Muqharabbin berharap Dr Akmal bersama pimpinan baharu dapat meneruskan usul agar umur Ketua Pemuda di bawah 40 tahun yang dibawa pada tahun lalu.

MUHAMAD MUQHARABBIN MOKHTARUDIN

Selain itu, beliau berharap mereka dapat memperbaharui dan mengubah program akar umbi agar anak muda lain dapat kembali minat untuk bersama-sama UMNO.

“Itu pesan dan doa saya buat Dr. Akmal,” katanya yang turut menawarkan diri sebagai calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan nombor calon 69. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan