25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Arab Saudi, Qatar umum Ramadan bermula esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PIHAK berkuasa Arab Saudi dan Qatar mengumumkan Ramadan akan bermula esok berdasarkan jangkaan kemunculan anak bulan.

Memetik laporan Saudi Press Agency, Mahkamah Agung Arab Saudi semalam mengumumkan Rabu sebagai hari terakhir bulan Syaaban sekali gus menandakan bermulanya ibadah puasa, keesokan harinya.

Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa Palestin dan Mesir turut mengumumkan Ramadan akan bermula esok.

Advertisements

Namun pihak berkuasa di Jordan, Algeria dan Morocco hanya akan mengumumkan tarikh permulaan puasa pada hari ini.

Ramadan ditentukan oleh kalendar Islam yang bermula mengikut penglihatan anak bulan.

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan