32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

4 lelaki tular dah ditangkap serang peniaga dengan parang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sudah pun menahan empat lelaki tempatan selepas menyerang seorang peniaga sehingga berlakunya rusuhan di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih, Selangor, Khamis lalu.

Kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat lelaki mabuk tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling tin arak ke arah sebuah gerai burger sehingga wujud perselisihan faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pada 9.55 malam hari kejadian, pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan MERS 999 dari orang awam mengenai kejadian merusuh

Katanya, dimaklumkan kejadian itu berlaku di hadapan salah sebuah restoran di Semenyih dan seterusnya telah diarahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Semenyih ke lokasi kejadian.

“Hasil maklumat dan siasatan pihak polis, kejadian berpunca daripada seorang lelaki tempatan yang dalam keadaan mabuk telah datang ke sebuah gerai menjual burger sambil bercakap dengan perkataan kesat.

“Seterusnya, lelaki itu turut membaling tin minuman keras ke arah gerai tersebut sehingga berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki tempatan yang juga peniaga gerai tersebut.

“Kejadian menjadi lebih tegang apabila lelaki yang mabuk itu keluarkan senjata pisau serta parang dan cuba menyerang peniaga gerai terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga:   Afrika berpotensi jadi 'lubuk' pelajar antarabangsa

Menurut Zaid, kejadian itu menyebabkan berlaku rusuhan yang melibatkan campur tangan individu lain bagi meleraikan kejadian tersebut.

Baca juga:   Sabah pertingkat PICKids di sekolah rendah

Bertindak atas maklumat, pihak polis telah mengambil tindakan segera dengan menahan empat lelaki tempatan tersebut yang berusia 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.

“Keempat-empat yang ditangkap telah dibenarkan ditahan reman selama empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

“Dalam kejadian ini pihak polis telah merampas sebilah parang, satu pisau boleh laras dan satu topeng kain muka suspek yang ditangkap semasa kejadian,” ujarnya.

Ujarnya, tiada kecederaan serius dalam kejadian ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sejak semalam, tular di media sosial video berdurasi dua minit 50 saat aksi sekumpulan individu bergaduh.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan