28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

155 kenderaan halang laluan dikompaun, tunda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 155 buah kenderaan yang membuat halangan di jalan raya dikenakan kompaun serta ditunda dalam Operasi Bersepadu Halang di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ampang di ibu negara, hari ini.

Operasi bersepadu berkenaan telah dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Pegawai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan, Polis Trafik Kuala Lumpur (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

DBKL menerusi kenyataan berkata, operasi yang turut dilaksanakan bersama agensi sahabat itu menyasarkan kawasan tumpuan pusat bandar raya.

“Sejumlah 155 buah kenderaan melibatkan lori, kereta dan motorsikal telah diperiksa dan dibuat tindakan pengeluaran notis kompaun kepada pemilik dan pemandu selain tindakan menunda kenderaan yang membuat kesalahan lalu lintas.

“DBKL telah mengeluarkan 65 notis kompaun dan tindakan tunda terhadap pemilik dan pemandu kenderaan atas kesalahan halangan lalu lintas,” kata DBKL dalam kenyataan.

Advertisements

Beliau berkata, kesalahan dirujuk di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala ditunda dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara.

DBKL berkata, pihak PDRM turut mengeluarkan 35 notis kompaun dan 25 notis kompaun pelbagai kesalahan halangan lalu lintas dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

“Kesalahan dikesan termasuklah pemandu kenderaan yang gagal mengemukakan dokumen cukai jalan atau lesen memandu tamat tempoh,” katanya.

Ujar DBKL, kerjasama dan tindakan bersepadu ini, akan diteruskan dari masa ke semasa dilokasi tumpuan (hotspot) yang lain.

“Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya diingatkan agar mematuhi peraturan dan isyarat lalulintas yang telah ditetapkan pihak berkuasa,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan