29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Zambry tarik diri bertanding Naib Presiden UMNO

Banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden dalam Pemilihan UMNO 2023 pada Mac ini.

Beliau berkata, sebagai Menteri Luar di dalam kerajaan baharu ini, banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa yang perlu beliau memberi keutamaan.

“Ia juga sekaligus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan,”katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Katanya, keputusan menarik diri dibuat setelah berbincang dengan kepimpinan parti.

“Setelah berbincang dengan kepimpinan parti, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan kali ini.

Advertisements

“Pada masa yang sama, sebagai Setiausaha Agung BN, saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti-parti gabungan dan juga antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun begitu, Zambry memberitahu akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023-2026.

“Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sahabat- sahabat di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepada saya sebelum ini.

“Semoga anda semua akan terus dapat memberi sokongan kepada saya dan sama-sama kita mengembalikan kegemilangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air.

“Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang bertanding pada pemilihan parti kali ini. Mantapkan ukhwah dan pelihara kesatuan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan