32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Van terbabit nahas Genting Highlands ada lesen bas persiaran

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

VAN persiaran terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang, semalam, didapati memiliki lesen bas persiaran.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) berkata, semakan awal mendapati bas itu dilesenkan di bawah kelas lesen bas persiaran.

Menurutnya, dalam perkara ini, Apad memandang serius isu membabitkan keselamatan orang ramai susulan insiden kemalangan terbabit.

“Apad akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mendapatkan Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (Jisa), dan juga turut memanjangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk tindakan penguatkuasaan berkaitan.

“Dalam masa yang sama, Apad juga akan memohon kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menganalisis punca nahas jalan raya yang menyebabkan kematian ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Apad lagi, pihaknya tidak berkompromi terhadap mana-mana pemegang berlesen yang tidak mematuhi ketetapan syarat lesen, dan pihak terbabit boleh dikenakan tindakan tegas ke atas syarikat berkenaan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Di bawah akta sama, mana-mana pengendali yang didapati melanggar mana-mana syarat lesen boleh dikenakan tindakan dan sekiranya disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih dari RM500,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya.

Semalam, tujuh maut dan tujuh lagi cedera selepas van persiaran dinaiki terbabit kemalangan tersebut.

Enam daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara seorang lagi meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Advertisements

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada 1.15 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki.

Sementara itu, identiti mayat tujuh mangsa nahas itu telah dikenal pasti malam tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pemandu van itu, Wong Choun Chiet, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian bersama lima penumpang lain iaitu Foong Ah Lan, 69; Lee Moy, 67; Goh Siew Kim, 61; Ang Meng Hong, 62; dan Siew Mei Tin, 72.

“Enam lagi penumpang yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, seorang lagi penumpang itu, Chang Them Kong, 70, disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital terbabit,” katanya.

Ramli berkata, dua lagi penumpang telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan, namun dipindahkan ke Hospital Temerloh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akata Pengangkutan Jalan Raya 1987.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan