26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Tiada dokumen pengenalan diri, 4 nelayan asing ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama empat nelayan warga Myanmar telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau di Pulau Pasir Hitam, Perak petang semalam.

Bot nelayan berkenaan ditahan penguatkuasa pada kedudukan 7.3 batu nautika barat daya Pulau Pasir Hitam pada jam1.45 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, semasa rondaan rutin di perairan Larut Matang, Maritim Malaysia telah mengesan bot itu ketika sedang melakukan aktiviti perikanan lantas dirapati untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan seramai empat kru nelayan warga asing Myanmar termasuk tekong berumur antara 17 hingga 41 tahun, tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah berada di bot.

“Pemeriksaan terhadap dokumen mendapati, bot itu memiliki lesen yang sah namun tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya dan tiada kebenaran menggajikan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Baca juga:   Jimmy Palikat bertanding PRN Sabah

“Kesemua kru nelayan ditahan manakala bot dan peralatan menangkap ikan di bawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes berkenan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

“Dalam masa sama disiasat dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya serta tiada kebenaran menggajikan kru warga asing,” katanya.

Baca juga:   Maritim Malaysia tahan bot pam bawa bahan letupan

Ujarnya, Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, salah laku dan kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan