32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Lorong kiri Terowong Meru KM260.3-262.05 arah selatan ditutup

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LORONG kiri Terowong Meru bagi laluan Kuala Kangsar-Ipoh di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup antara Kilometer (KM) 260.3 hingga KM262.05 arah selatan, untuk pelaksanaan kerja penambahbaikan turapan jalan.

PLUS dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan penambahbaikan itu akan dilakukan secara berperingkat antara jam 9 malam hingga 12 tengah hari, mulai Selasa ini hingga 16 Februari depan.

Sehubungan itu, katanya, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mereka, manakala laluan kontra di kawasan terbabit akan diaktifkan secara berkala sekiranya perlu.

“Justeru, pengguna yang menghala ke selatan, Ipoh atau Kuala Lumpur dinasihatkan merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Mereka juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan dikeluarkan pihak PLUS dari semasa ke semasa ketika melalui kawasan kerja terbabit,”katanya.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine melalui talian 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan apabila berlaku kecemasan. – Edisi 9

Baca juga:   MOF, PLUS bakal bincang tambah lorong di Johor

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan