27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki ‘khayal’ ketum rempuh SJR ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditahan selepas kenderaan yang dipandu merempuh sekatan jalan raya (SJR) dalam kejadian yang berlaku di Jalan Kutan, Wakaf Bharu, pada Rabu.

Akibat rempuhan itu, telah menyebabkan seorang konstabel polis mengalami kecederaan semasa sedang bertugas di SJR berkenaan dalam kejadian yang berlaku jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa Konstabel Nor Azwan Adnan yang merupakan anggota dari Balai Polis Wakaf Bharu sedang bertugas.

“Tiba-tiba, datang sebuah kereta jenis Proton Wora yang dipandu suspek memecut laju dari arah Pasir Pekan dengan memotong kenderaan lain di hadapannya.

“Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa yang ketika itu sedang membuat pemeriksaan kenderaan telah dilanggar dan tercampak ke seberang jalan.

“Berikutan itu, mangsa telah mengalami kecederaan di lengan dan tapak tangan serta dahi kanan,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Advertisements

Menurut beliau, anggota tersebut kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, susulan kejadian itu, suspek telah ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan terbabit mendapati terdapat cecair disyaki air ketum sebanyak 500 milimeter.

Amran memberitahu, hasil siasatan awal mendapati suspek berada dalam keadaan dan tingkah laku khayal kesan daripada pengambilan pil epam dan minum air ketum.

“Suspek direman selama empat hari mulai Khamis hingga Ahad.

“Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan