31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan salur bantuan kepada keluarga mangsa gajah liar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa serta keluarga mangsa orang Asli yang terjejas akibat serangan gajah liar pada Disember dan Januari lalu.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor berkata, perkara itu diputuskan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), baru-baru ini.

Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan isu berkaitan serangan gajah di perkampungan Orang Asli seluruh Malaysia terutama di kawasan Parlimen Cameron Highlands serta usaha dan cadangan penyelesaian isu itu.

“Satu ketetapan dicapai pihak NRECC bagi mengambil tindakan positif untuk menangani isu itu dan bantuan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan kehilangan nyawa.

“Bantuan juga diberikan kepada mangsa yang terjejas dari segi pendapatan ekonomi mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements
RAMLI MOHD NOR

Beliau memaklumkan, Perhilitan juga sudah menangkap dua ekor gajah liar yang dipercayai terbabit insiden di Kampung Simoi Lama, Pahang, 14 Februari lalu.

“Dua ekor gajah itu akan dibawa keluar dan dipindahkan ke Kuala Gandah bagi melindungi keselamatan penduduk kampung Orang Asli,” katanya.

Kejadian pertama serangan gajah di Parlimen Cameron Highlands berlaku 7 Disember lalu hingga meragut nyawa seorang wanita Orang Asli di Kampung Simoi Baru.

Kejadian kedua pula berlaku pada 9 Januari lalu menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Senderut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan