26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Institusi@KKDW jalin usaha sama dengan rakan industri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited memperkasakan Program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) dengan meningkatkan jalinan kerjasama dengan rakan-rakan industri untuk mendukung aspirasi nasional.

Dalam satu kenyataan, KKDW memaklumkan inisiatif itu direalisasikan menerusi Majlis Pertukaran Dokumen Usaha sama antara Institusi TVET@KKDW bersama Rakan-Rakan Industri di UniKL MIAT, Kampus Subang, hari ini.

Menurutnya, majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sebanyak 18 syarikat rakan industri dalam bidang teknologi darat, laut dan udara memeterai jalinan usaha sama strategik bersama institusi pendidikan TVET di bawah KKDW.

“Institusi KKDW berkenaan terdiri dari GIATMARA, Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA- TECH), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL),” menurut kenyataan itu.

Syarikat yang terbabit pula adalah industri dalam bidang teknologi darat, German Auto Garage Sdn Bhd (GAG); Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL); Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS); Acson Malaysia Sales & Service Sdn Bhd (ACSON); Petroliam Nasional Berhad (Petronas); dan Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd.

Advertisements

Lima lagi syarikat di sektor darat adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB); Hartasuma Sdn Bhd; AT&S Austria Technologie & Systemtechnik; Hospital Pantai, Ipoh (Paloh Medical Centre Sdn Bhd); Radibems Sdn Bhd; dan PERODUA Sales Sdn Bhd.

Manakala sektor laut membabitkan syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd; Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd; dan Radimax Group Sdn Bhd.

Sementara sektor udara membabitkan syarikat Turkish Aerospace Inc; Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd; dan ammock Helicopter Sdn Bhd.

Menurut KKDW, jalinan usaha sama strategik dengan semua pihak yang berkepentingan khususnya rakan-rakan industri itu melengkapkan ekosistem pendidikan TVET@KKDW dalam memastikan agenda memartabatkan TVET dapat disinergikan secara menyeluruh di bawah Majlis TVET Negara.

“Melalui konsep Industry Based Education Training (IBET) yang dilaksanakan oleh Institusi TVET@KKDW, usaha sama dengan rakan-rakan industri akan terus dipergiatkan lagi menerusi model Teaching Factory seperti dilaksanakan oleh UniKL MIAT.

“Ia memberi manfaat kepada kedua dua pihak dari segi pemindahan dan perkongsian pengetahuan kemahiran serta teknologi selain meningkatkan kompetensi pelajar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan