32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

DBKL sita peralatan perniagaan, halang laluan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Cawangan Kepong telah menyita beberapa peralatan perniagaan selepas didapati melanggar peraturan penguatkuasaan yang ditetapkan.

Sitaan itu dibuat penguatkuasa menerusi satu Operasi Tindakan Khas Pindah Halangan Parlimen Kepong Siri 4/2023 yang dilancarkan semalam.

DBKL mmenerusi kenyataan berkata, dalam operasi tersebut beberapa peralatan perniagaan telah disita yang terdiri daripada seunit meja bulat besar, tujuh unit meja bulat kecil, 19 unit meja lipat petak dan dua unit meja lipat bulat.

“Lain-lain, seunit khemah beroda, dan 90 unit kerusi telah disita yang melibatkan tiga unit premis makanan.

“Tindakan penguatkuasaan ini telah dijalankan di bawah Akta Parit, Jalan, dan Bangunan 1976 Perkara 46 (1)(d),” katanya.

Menurut DBKL, satu notis kompaun juga telah dikeluarkan kepada pemilik premis di bawah akta yang sama.

Baca juga:   Tiga gerai beroda, khemah berniaga disita DBKL

“Kesemua barang sitaan telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut,” katanya. – DBKL

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan