24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Warga asing ditahan bunuh lelaki tempatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga asing berusia 43 tahun ditangkap polis selepas disyaki membunuh lelaki tempatan di hadapan premis perniagaan di Jalan Penjaja, di Batu Pahat, Johor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 50-an ditemui dengan kesan kecederaan di kepala akibat pergaduhan dengan suspek.

Menurut beliau, pada 8 malam tadi, polis menerima makluman daripada orang awam menyatakan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Sultanah Nora Ismail yang hadir sejurus kejadian.

“Suspek yang juga pekerja ladang cuba melarikan diri namun ditangkap pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bangunan berhampiran dan diserahkan kepada polis,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Advertisements

Ujar Ismail lagi, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan berhampiran dan rakaman video yang dibuat oleh saksi awam menunjukkan berlaku pergaduhan antara mangsa yang tidak bekerja dengan suspek sebelum ditemui mati.

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan