26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Waktu puncak LRT laluan Ampang dipanjangkan

Ini bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen ekoran gangguan perkhidmatan antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WAKTU puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang dan Monorel dilanjutkan bermula hari ini bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen.

Rapid Rail dalam kenyataan berkata, waktu puncak dipanjangkan dari pukul 6.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala waktu puncak petang dari pukul 4.30 petang hingga 8.30 malam.

Dalam pada itu, kata Rapid Rail, operasi laluan alternatif perkhidmatan LRT laluan Ampang, Sri Petaling melibatkan tren ‘shuttle’ (ulang-alik) antara Stesen Hang Tuah dan Masjid Jamek dilaporkan berjalan lancar, hari ini.

“Perkhidmatan itu diaktifkan akibat gangguan yang berlaku di antara dua stesen LRT iaitu Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek.

“Operasi tersebut turut membabitkan perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan kepada para penumpang,” katanya.

Baca juga:   PPV Educity terima 70,000 dos vaksin Khamis ini – TMJ

Rapid Rail berkata, berdasarkan pemerhatian di stesen-stesen utama seperti stesen Hang Tuah dan Masjid Jamek pada waktu puncak pagi dan petang mendapati pergerakan penumpang adalah lancar dan terkawal.

“Sebanyak 34 buah bas perantara percuma telah diaktifkan bagi membawa penumpang-penumpang sebagai pilihan perjalanan alternatif,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan LRT di antara dua stesen iaitu Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek telah dihentikan pada Jumaat lalu selepas landasan berhampiran didapati bengkok.

Ia dipercayai berlaku akibat keretakan struktur jejambat di kawasan tersebut. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan