26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Anggota polis dituduh lupus, bersubahat curi barang kes ketum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh, hari ini atas dua pertuduhan melupuskan keterangan dan bersubahat mencuri barang kes berkait kesalahan ketum, 10 Januari lepas.

Bagaimanapun, tertuduh, Bob Fuzainey Hazoni, 41, mengaku tidak bersalah selepas jurubahasa membacakan kertas pertuduhan didepan Majistret Mohamad Nazri Abdul Rahim.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Bob Fuzainey juga didakwa bersubahat bersama-sama dua lelaki yang masih bebas, mencuri di stor barang kes Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi.

Tertuduh akan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga:   Gapena sambut baik guna bahasa Melayu di luar negara tapi...

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asma’a Che Omar menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan ke atas tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri kemudiannya memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menjaga bapa yang menghidap komplikasi penyakit jantung dan menanggung empat anak berusia satu hingga 14 tahun.

Mohamad Nazri kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 21 Mac depan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan