25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Selepas Radzi, Fadillah pula jadi mangsa poster pelaburan palsu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SELEPAS bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, kali ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pula digunakan sebagai poster kempen Pelaburan Patuh Syariah yang ditularkan.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, poster berkenaan adalah palsu dan beliau tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan.

“Saya telah mengarahkan pegawai khas saya di Pusat Khidmat Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Fadhilah lagi, poster palsu yang sama pernah disebarkan melalui media sosial pada tahun lalu oleh pihak tidak bertanggungjawab dan laporan polis juga pernah dibuat.

Rata-rata warganet berharap agar pihak bertanggungjawab iaitu polis dan agensi berkaitan dapat mengambil tindakan serius berhubung penipuan menggunakan gambar pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Baca juga:   Lapan tahun My Kampung, My Future, apa pengajarannya?

Bulan lalu, Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut digunakan bagi mempromosikan pelaburan sedemikian.

Beliau kemudian menafikan penglibatannya dalam pelaburan patuh syariah sepertimana tertera dalam poster yang tular pada platform media sosial.

Perkara itu diketahuinya selepas mendapat pertanyaan daripada orang ramai tentang hantaran ‘Pelaburan Patuh Syariah’ yang menggunakan wajahnya sebagai poster promosi.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah terlibat langsung dalam apa-apa urusan syarikat tersebut.

“Saya mohon supaya pihak yang menaikkan posting ini, sila turunkan segera atau anda akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang akan diambil oleh pihak saya,” katanya.

Baca juga:   Nadma nafi edar borang bantuan banjir MTL

-EDISI9

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan