26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Perbaharui lesen, cukai jalan menerusi telefon pintar

Ia akan lebih memudahkan lagi rakyat berurusan dengan JPJ selain mempercepatkan proses permohonan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berusaha menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan menerusi aplikasi peranti pintar.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook selepas meninjau keadaan operasi di pejabat JPJ Negeri Sembilan.

Menurutnya, ia akan lebih memudahkan lagi rakyat berurusan dengan JPJ selain mempercepatkan proses permohonan.

“Bayangkan, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan melalui aplikasi dalam smartphone anda! Kan mudah dan pantas?.

Advertisements

“Ya, JPJ sedang berusaha ke arah tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata, JPJ telah menambah kiosk baru di cawangan-cawangan di seluruh negara untuk memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen bagi mengurangkan kesesakan di kaunter.

“Waktu operasi kiosk juga akan dipanjangkan di luar waktu pejabat bagi memudahkan urusan rakyat.

“Proses digitalisasi JPJ ini tidak akan terhenti di peringkat kiosk sahaja tetapi kita akan terus berusaha menawarkan perkhidmatan melalui online,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan