32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

APMM panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) akan memanggil pemilik kapal serta ahli keluarga anak kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Indonesia sejak 9 Januari lepas.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan untuk membantu siasatan bagi merungkai kehilangan kapal berkenaan.

“APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan bagi menjawab beberapa soalan mengenai kehilangan kapal itu.

“Kami akan bertanya soal keselamatan kapal sebelum belayar, kebajikan anak kapal termasuk kelewatan melaporkan kehilangan kapal berkenaan.

Advertisements

“Kapal itu hanya dilaporkan hilang pada 9 Januari, sedangkan ia sepatutnya tiba di Kuching, Sarawak pada 31 Disember lalu,” katanya dipetik Bernama.

Pada 9 Januari, kapal kargo didaftarkan di Malaysia itu yang membawa muatan batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia dan laporan berhubung kejadian itu dibuat ejen kapal berkenaan pada hari sama.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal kargo itu selama tujuh hari ditamatkan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia pada 14 Januari, selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemukan sebarang petunjuk.

Mohd Zubil juga berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kapal terbabit ialah kapal pasir, namun membawa muatan batang paip pada hari berkenaan. BERNAMA

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan