24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tanah runtuh: Operasi SAR berjaya temui 4 mangsa lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemukan empat lagi mangsa tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, sekitar pukul 10.39 pagi tadi.

Ia menjadikan angka korban meningkat kepada 30 setakat ini, manakala tiga lagi masih hilang.

Menurut Pusat Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kesemua mayat pagi ini ditemui di sektor C, iaitu sekitar kawasan Riverside.

Mangsa merupakan seorang kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, seorang wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa.

Advertisements

Hari ini, operasi SAR yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira jam 8 pagi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam tadi.

Keseluruhannya, 94 mangsa dilaporkan terlibat dalam tragedi yang berlaku di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.

Perkembangan pertemuan empat mangsa tersebut turut dikongsikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi catatan di Twitter. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan